Monday, December 20, 2010

Muharram di Qom

Dalam kedinginan 10°C, anak kecil itu dijulang ke udara. Di tengah kerumunan massa, ia tak menangis. Sembari dibaluti kain puteh, seperti kain kafan, dengan wajah yang terdedah pada similir angin, manakala pada dahinya pula terdapat lilitan hijau yang tertulis “ya Ali Asghar,” di mana Ali Asghar adalah shahid termuda di Karbala, hanya 6 bulan. Demikian salah satu dari sejumlah panorama ketika dinihari 10 Muharram 1432H, di maqam Fatima Masoumeh, di Qom, di Iran.
Hari itu, adalah hari kemuncak Azadari, yang bermula sejak 1 Muharram dan berterusan sampai Arbain, 40 hari setelah kemuncak tersebut. Ini adalah hari yang terkenal sebagai Ashura. Setelah ribuan tahun, sejak 61H, Imam Husayn shahid dengan cemerlang di Karbala. Dengan 72 jiwa yang shahid, dan 128 jiwa yang terlibat, hanya semata-mata atas apa yang mereka namakan sebagai, “kebangkitan kembali agama.” Kata ini seperti berlebihan. Kita, dengan nalar yang ada, tentu takkan mudah menerimanya, dan takkan berpuas hati menerima kata tanpa makna.
Lantaran itu, barangkali akan ada yang bertanyakan, “apakah perlu agama dibangkitkan kembali setelah risalah dari Nubuwwah?” Secara fenomenologi, kaedah menarik dari Husserl ini boleh jadi penyelamat. Kita mesti menulis tentang Ashura dari tubuh Ashura itu sendiri. Dari sejarahnya, dari falsafahnya, dari sumbernya; zurück zu den Sachen selbst. Setidaknya, dari mereka yang terlibat. Bukan dari mereka yang hanya mendengar jauh-jauh tentangnya.
Ashura, memang untuk Husayn, yang lengkap pada kalangan Shi’ah dikenali sebagai “Imam Husayn.” Mereka, “takkan pernah melupakan Karbala,” demikian salah satu kata yang berkumandang dalam kerumunan tersebut. Di medan bersejarah Fatima Masoumeh itulah, silih berganti para kumpulan mementaskan himbauan mengenai Karbala. “Terdapat ribuan kumpulan ini di Qom,” kata Shahriyar Shojaeipour, yang kini bertugas di Islamic Research Institute for Culture and Thought, Qom. Setiap kumpulan dengan cara masing-masing. Lalu, dengan tradisi puisi Parsi yang tinggi, maka setiap bait menghimpit dinding medan, serta menggamit hadhirin.
Ini ditambah lagi dengan paluan Tabl (seperti gendang), gemincing Senj (seperti piring), hatta ada juga tiupan Vuvuzela, yang semuanya bersatu suara memecah kedinginan. Ini, memang sebuah festival. Ashura, yang hari sebelumnya adalah Tasua, ternyata, adalah sebuah festival, meski bermula dari sebuah kenestapaan. Tapi bukanlah sebuah kenestapaan yang mahu mereka ratapi. Mereka sekadar ingin menunjukkan bahawa pesan ilahiyyah tak pernah berakhir pada Nubuwwah. Kerana itu, nama Husayn tak lekang. Soalnya, mengapa Husayn? Dan, kenapa tak Muhammad?

Mereka juga punya jawapannya. Kerana mereka berpegang erat pada sebuah sabda: “Husayn minni wa ana min Husayn.” Buat kalangan Shi’ah, mengenang, malah meneruskan risalahnya, adalah sebuah warisan perjuangan yang tak selesai dari Nubuwwah itu sendiri. Ini yang sering diabaikan. Jadi, ketika Muslim berpencar pada saat Karbala, tapi saat itulah juga menjadi garis furqan buat mereka, yang dalam bahasa Hegel dikenal sebagai dialektika – pertempuran antara tesis dan anti-tesis. Fikiran dan tindakan, dari Karbala, tiada selain dari itu, bersatu dalam sejarah mereka. Menyebut Husayn, sama seperti menyebut Muhammad: “Husayn dariku dan aku dari Husayn.”
Namun, dialektika Karbala ini mencabar GWF Hegel. Karbala, pada Shi’ah, adalah kritiknya buat Hegel. Sekiranya Hegel percaya akan kemunculan sintesis, yakni pada setiap pertarungan tesis dan anti-tesis, sebaleknya Karbala tidak! Pada Morteza Motahhari, Islam sama sekali tak mendukung sintesis. Tiada intersubjektiviti dalam kebenaran. Buat filasuf revolusioner ini, hanya ada dua pilihan; benar atau salah. Yang benar boleh saja bercampur dengan yang salah. Tapi, salah dan benar tetap dari dua ranah yang berbeza.
Bahkan, Ali Shariati, yang biarpun ada selisih dengan Motahhari dalam soal Marxisme Islam, juga percaya demikian. Kita mungkin dapat mengingatkan kembali sebuah ucapan yang mengegarkan dari Shariati di Husayniyyah Irshad pada 1970-an yang tertera dalam buku Shahadah-nya: sama ada bersama Yazid, atau besama Husayn yang shahid di mana Zaynab yang terus gigih melanjutkan risalahnya. Ternyata, masharakat Shi’ah bergulir dalam arus dialektika ini, yang juga dalam bahasa Hegel berhujung pada Sittlichkeit — pertemuan antara tradisi dan hukum. Inilah tentuisme sejarah.
Maka, jika dikata Ashura adalah ritual budaya, itu benar. Dan, jika dikata lagi Ashura adalah ritual agama, itu juga benar. Keduanya adalah sama, lestari dalam sejarah yang satu.
Ashura, di Qom, tersimpan prestijnya. Malam-malam, selama 10 hari pertama Muharram, sama ada di rumah, madrasah, dll, kota agama ini dipenuhi dengan acara yang dikenal sebagai Rozeh — ceramah dan bacaan narasi tentang Imam Husayn dan Karbala. Dan, acara belangsungkawa inilah, seperti kata Annemarie Schimmel dalam Karbala and the Imam Husayn in Persian and Indo-Muslim Literature menjadi tradisi Muharram yang merebak seluruh penjuru Islam, termasuk sampai ke Pariaman, Sumatera. Di sana, ada Tabut, juga sebuah ingatan buat Imam Husayn.

Memang, ketika Rozeh, ada tangisan yang melimpah. Aneh mungkin, mengapa mereka dengan mudah menangis tatkala diungkapkan mengenai Karbala? Tidakkah mereka penat dengan ulangan cerita yang sama? Ini adalah pertanyaan yang wajar. Mereka menangis seolah Husayn baru saja shahid kelmarin. Tapi kita barangkali takkan aneh, kalau melihat ada yang menangis ketika menonton Winter Sonata. Tapi, Iran, Karbala, Shi’ah, itu berbeza. “Kita takkan pernah memahami Iran, selagi kita belum menjadi Shi’ah,” demikian kata Hashemi Rafsajani yang pernah dikutip Hooman Majd dalam The Ayatollah Begs to Differ.
Tentu, menjadi Shi’ah seperti mereka, buat kita, adalah tak mungkin. Kita dilahirkan berbeza, dari daerah berbeza, dari budaya berbeza. Islam yang kita terima, yang berbaur dengan budaya setempat, menjadikan kita lain. Tapi, bukanlah sebuah larangan untuk saling-belajar, dan saling-memahami. Justeru, kalau hanya seruan untuk mencintai Nabi dan keluarganya, itu sama sekali bukanlah keberatan. Malah, kita senang. Namun, apakah tenang hidup ini dengan mencintai Nabi dengan keluarganya? Apakah dengan melakukan hal seperti itu, bererti kita telah melengkapi Islam?
Dalam sejarah, yang membezakan dua tradisi besar Islam — Shi’ah dan Sunni — adalah Imamah. Motahhari sekali lagi, secara mudah mengungkapkan pemisah antara Shi’ah dan Sunni, “dengan menerima Ali sebagai warisan kepimpinan dari Nabi, itu memadai untuk menjadikan seseorang itu Shi’ah.” Semudah itu. Tapi, mengapa harus Ali? Sukar untuk kita menerima kepimpinan Ali hanya atas dasar darah. Hanya atas dasar keluarga. Kita dengan akal sehat, pasti akan menolaknya. Hanya itukah hakikat dari Shi’ah? Hanya pada darah, dan keluarga? Melihat kepada falsafahnya, ternyata bukan demikian.
Iran, juga Shi’ah, dari ke hari membuktikan dirinya adalah ranah yang amat seni. Mereka menerima imamah Ali dan penerusnya, bukan kerana darah. Tapi, kerana karisma. Kerana kewibawaan. Kerana kecekapan. Ali adalah Ali. Sama seperti kata Shariati, “Fatima adalah Fatima.” Masing-masing menjadi diri sendiri. Tanpa kelebihan kepimpinan, maka setitis garisan darah Nabi pun tak berguna. Betapa banyak kita lihat, mereka yang menggaungkan garis dari leluhur Nabi, tapi miskin akhlaknya. Sebab itu, Shi’ah tak pernah bermula dengan aqidah. Yang penting pada mereka, adalah akhlak.
Mohsen Ghanbali, adalah salah seorang akademia di al-Mustafa International University. Wajahnya membayangkan kepada kita Mahmoud Ahmadinejad, cekung pada matanya, kumis nipis, dan rendah. Tapi, ia sedikit berisi, berserban, dan berjubah. Di hadapan mahasiswanya di Qom, yang ada antaranya adalah Sunni, dibicarakannya tentang triniti penting dalam Islam: aqidah, ahkam, dan akhlak. Antara ketiga itu, buatnya, akhlak mendahului aqidah.” Soalnya, mengapa akhlak lebih utama dari aqidah? Di sini, Albert Camus dalam La peste ada jawapannya.
Camus, di situ berkisah tentang peristiwa luar biasa yang menghentam penduduk kota Oran, sebuah kota di Barat Algeria. Filasuf Perancis itu menanyakan: mengapa anak kecil akhirnya menerima kesan dari wabak? Dan, “apakah dosa anak kecil ini?” Maka, belajar dari pencarian Camus ini, kita akan akui bahawa jadi baik boleh saja tanpa agama. Berapa ramai yang bukan-muslim, mithalnya, tetap dapat berlaku baik. Dan, berapa ramai yang Shi’ah (kalau mereka dikatakan bukan-Islam), tetap dapat berlaku baik pada Sunni. Di Qom sendiri, penuh dengan masharakat Sunni, dari belahan dunia. Mereka hadhir hanya kerana sebuah hasrat: mendepa ilmu. Tiada seruan pun bahawa darah Sunni adalah halal untuk dibunuh.
Sunni sejati seperti talabeh-talabeh lain di Qom. Mereka mencari ilmu bagai hikmah yang hilang, dan siap meredah daerah yang berbahaya, kalau benarlah Qom adalah sebuah daerah berbahaya untuk mereka. Kota ini menyambut mereka dengan ramah. Bak kata Nezami, pujangga besar Parsi:

Seluruh dunia adalah jasad, dan Iran adalah ruhnya
Kami semua tak malu-malu untuk mendakwanya
Lalu, sebagaimana Iran adalah ruh atas dunia, dan kekal demikian
Maka ruh juga lebih unggul atas jasad, dan itu adalah kepastian

Shahdan, ilmu itu tak kenal wilayah. Tak hanya di Qom. Hatta, seluruh alam. Namun, tetap akhirnya ilmu sujud pada akhlak, kerana itu adalah buahnya. Jika kita percaya kebaikan adalah manifestasi Tuhan, maka tentu saja akhlak juga adalah manifestasi rahmatan lil alamin. Ingatkah kita pada sebuah sabda, “Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia?” Jika kita ingat itu, maka kita tahu bahawa ateisme juga punya aqidah. Maka, aqidah bukanlah pemisah pertama. Sebaleknya, adalah akhlak.
Di Qom, kota ini memang mengajar akhlak. Mendidik dengan kekhasannya pula. Sampai saja, kita akan sangat terkesan dengan cara taaruf masharakat Iran yang bitara, dengan tangan kanan yang meletak di dada, sambil kadang-kala tunduk tanda hurmat. Itu akhlak pertama mereka, dan menarik. Kesan dari Ashura. Kesan dari tafsiran Islam yang santun.
Di Jalan Chaharmardan tak jauh dari maqam Fatima Mashoumeh, ketika 10 Muharam itu, penuh manusia berlatmiyah, persis seperti taaruf masharakat Iran tersebut. Manakala ada pula yang lain sambil berzanjir memukul diri. Tak sakit. Tak luka. Tak berdarah. Malah, boleh senyum. Di sekeliling bangunan yang penuh artistik dan klasik itu, tiada setitis pun darah yang ditemui. Setidaknya, hanya cat berwarna merah yang bergenang di jalanan. Ali Khamenei sendiri, yang lebih dikenal sebagai Rahbar di sini, bahkan melarang sebarang perlukaan diri ketika Ashura.

Arakian, kita pula mudah jatuh kepada ketakmengertian mengenai Shi’ah. Untuk itu, kita harus bertasamuh, elak dari angkuh. Insaf, bahawa kita juga adalah manusia yang tohor. Kita tak tahu semua. Kita tak pernah menyelami dalam tubuh falsafah mereka, bahawa Husayn juga bahagian penting dari sejarah mereka. Sebab itu, usah kita hairan, dalam Rozeh, mereka bangun dan bertawassul secara berdiri. Mereka akan mengadap pada tiga arah. Satu, tentu pada Makkah, dua, pada maqam Fatima Mashomeh di Qom, dan ketiga, pada Mashhad, letaknya maqam Imam Reza, juga kekanda kepada Fatima Mashomeh.
Justeru, dengan sejarah yang tertanam kemas ini, maka apakah mungkin untuk kita hadhir dan berkata tepat ke muka mereka, “ini adalah sesat!” Sulit, bahkan ada sebuah anekdot yang menceritakan bahawa betapa Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah akur, “sekiranya ambo dilahirkan di Iran, maka ambo juga akan jadi Shi’ah.” Tak tahu, adakah anekdot itu benar, atau salah. Tapi, logiknya tetap ada.
Jadi, masalah kita bukanlah pada Shi’ah. Masalah kita yang sebenar adalah kegagalan untuk menguruskan perbezaan. Selain itu, kegagalan untuk menjiwai pesan-pesan universal dari Nubuwwah. Jika masharakat Shi’ah terus utuh dengan sejarah mereka, kita juga boleh mengutip hikmah ini dari mereka. Menurut Ahmad Shalabi, sejarawan Mesir: jika Abbasiyyah, Andalusia, seluruh dinasti Islam telah runtuh mahkota keilmuannya, sebaleknya tradisi keilmuan masharakat Shi’ah terus berkembang, segar, ranum, dan itu tersemi di Najaf. Malah, sekarang bertambah lagi di Qom.
Lantas, apa yang kita belajar dari Muharram? Seperti yang telah Mahatma Gandhi belajar darinya, “Saya belajar dari Husayn bagaimana mencapai kemenangan meski dalam keadaan yang tertindas.” Inilah semangat untuk belajar sesama, serta terus-menerus mencungkil pesan-pesan universal darinya. Dalam bahasa Juergen Habermas, pesan-pesan universal ini mengusung penalarannya yang tersendiri. Setiap budaya, ada nalarnya. Usah mudah membuang Lebenswelt(dunia-kehidupan), demi untuk sebuah sistem yang subjektiviti.
Seperti juga Ludwig Wittgenstein, setiap bahasa (yang merupakan jiwa bangsa) ada hukumnya. Maka, terpulang pada kita sama ada untuk mengambil jalan singkat, atau jalan terhurmat. Jalan singkat, mudah melemparkan kesesatan. Jalan terhurmat, melakukan kritik atas sumbernya. Tanpa kritik, yang muncul adalah dogma. Namun, dogma Shi’ah, kekal bertahan dalam arus kritik, zaman-berzaman. Fahamnya jadi sebuah dogma yang aneh. Dogmanya melahirkan kebersamaan, yang kerana itu Habermas amat yakin, agama adalah harapan bagi projek pencerahan yang belum sudah. Dan, kalangan Shi’ah juga yakin, inilah rahsia kekuatan mereka selama ini.
Walau bagaimanapun, dalam kesedaran untuk belajar antara sesama, tiba-tiba ada di kalangan kita yang cuba memiliknegarakan iman. Walhal, iman bukanlah hak negara. Iman adalah ranah peribadi, yang tak siapa tahu apa dhamir-nya. Negara tak pernah mampu untuk menentukan imam para warga-nya. Selagi tak ada unsur diskriminasi dalam amalan faham, yang seperti saran Habermas lagi, maka negara (sistem) tak berhak menentukan segalanya. Negara bukan serba tahu. Yang tahu, adalah jiwa itu sendiri.
Sebab itu, Ashura adalah sebuah misteri yang merupakan jurang bagi sebuah ketaktahuan massa. Sama ada di Qom, atau di Gombak, keduanya menyimpan rantaian sejarah yang cuba menemukan dirinya dalam sebuah kesatuan. Justeru, apa sikap kita dengan raksasa sejarah ini? “Jika kita tak dapat mengungkapkan dengan baik, maka lebih baik diam,” demikian anjuran Wittgenstein. Saran filasuf matematik itu sesuai sebagai nasihat kepada kalangan agamawan kita yang tampaknya kemaruk untuk memikul kata mutlak.
Tapi, ternyata, dalam keghairahan agamawan untuk menunggalkan segala “yang lain” ini, ia rupanya telah terlupa ada sesuatu yang lebih besar. Ruhollah Khomeini benar, “memang mudah untuk jadi agamawan, tapi sulit untuk jadi manusia”. Muharram adalah saksinya, betapa ramai agamawan yang akhirnya kecundang dari menjadi manusia.
Aqil Fithri adalah aktivis kebebasan wacana dan secara tak berkala menulis juga diwww.selak.org.

SHI’ITES: A SECURITY THREAT?

The arrest of 200 Shi’ite followers by the Selangor Islamic Religious Department (JAIS) on 16 December 2010 has raised some disturbing questions.

If those arrested are “fanatics and a threat to national security” as stated by the JAIS Director, Datuk Muhammad Khusrin Munawi, shouldn’t he support his allegation with incontrovertible evidence?  If they are a threat to national security, why were they arrested by the JAIS and not the Police under the relevant security laws? JAIS is in charge of religious affairs, not national security matters. Shouldn’t the JAIS Director also substantiate his claim that members of the group known as Hauzah Ar Ridha Alaihissalam believe that other Muslim groups are “infidels” and it would be lawful to kill  them?  

In the absence of proof, the discerning public may begin to wonder whether the arrests are directed at Shi’ism as such.   After all, there are Islamic Religious Departments and Muslim politicians in Malaysia who regard Shi’ite teachings as “deviationist.” They are obviously wrong.

There is no need to emphasise that Shi’ism is a legitimate part of Islam. Shi’ites subscribe to the same fundamental principles of the religion and practise the same basic tenets of the faith, as the majority Sunni Muslims do.  Like the Sunnis, they too have contributed immensely to the growth of Islamic civilisation. There are about 180 million Shi’ites today who belong to the larger Muslim family ( ummah) of 1.7 billion people.

It is of course true that there are certain Shi’ite concepts and rituals that are not acceptable to the Sunnis, and vice-versa. But that does not justify labelling either party as “deviant” or “infidel.” Besides, variations in rituals and conceptual differences among the four main doctrinal schools within the Sunni community are generally accepted by Islamic scholars. To promote greater unity and solidarity within the ummah, the same consideration should be extended to the Shi’ites. 

What this suggests is that historically rooted and politically generated antagonisms should not be allowed to distort and destroy ties between the two communities. Sunni-Shi’ite animosities, often manipulated and exploited by vested groups within and without the Muslim ummah, have already led to the killing and maiming of thousands in recent years, especially in Pakistan and Iraq. It is undoubtedly the most divisive ideological split within the ummah today.     

Fortunately, some modest attempts are being made by both Sunni and Shi’ite theologians and thinkers in various parts of the world to improve relations between the two groups. This is a positive development that we in Malaysia should support. JAIS officials and other ill-informed individuals in Malaysia should help, rather than hinder, the process.

Dr. Chandra Muzaffar
President
International Movement for a Just World (JUST)
Malaysia.
19 December 2010.

sumber: fb-meetuncleaminclub

Friday, December 17, 2010

Sambutan Asyura di Afrika










Syiah di Malaysia

Ini adalah gambar2 dipercayai pengikut Syiah kat Malaysia yang sedang menyambut Hari Asyura. Takde pisau, rantai dan takde darah2 pun!









Adakah Mereka Sesat?

Menarik juga mengikuti berita Syiah ditangkap ni. Ada lagi yang hantar gambar ni..katanya ini juga pengikut Syiah yang bebas menunaikan ibadah haji tanpa gangguan oleh penguasa Makkah. Jelas mereka diterima sebagai sebahagian daripada umat Islam.











Ajaran Syiah di Malaysia Sesat?

Hampir semua berita utama di akhbar harian hari ini menceritakan tentang penangkapan pengikut Syiah di Malaysia oleh JAIS. Ahmad pun pelik bin ajaib kerana mereka didakwa mengamalkan ajaran sesat. Kebetulan pula beberapa hari ini asyik baca blog Dr. Faisaltehrani pasal isu Syiah, Saidina Husein dan macam2 lagi kat sini. Kat luar orang tenang2 je, kat sini macam2 hebohnya. Pastu tengok pulak gambar2 sini yang mengerikan. 

Semalam kawan sekolah lama ada hantar email tunjuk gambar Asyura kat Iran. Nampak macam ok jer..







Salam Perkenalan

Salam perkenalan untuk semua saudara semuslim...beberapa peristiwa yang berlaku sejak akhir2 ini begitu mengganggu jiwa ahmad. Ahmad sedih melihat anak-anak remaja yang semakin jauh dari Islam, isu politik yang tak berkesudahan, perbalahan agamawan yang merugikan, masalah ekonomi, sosial, keluarga dan argh...macam2 lagi. Jiwa Ahmad kacau. Ahmad inginkan dunia yang tenang. Adik2 Ahmad juga perlukannya. Mereka masih terlalu mentah untuk menerima semua ini. Perjalanan Ahmad, adik2, kawan2, keluarga dan semua generasi seperti Ahmad masih jauh. 
Di sini, Ahmad ingin berkongsi hati dengan kawan2...Mungkin Ahmad masih perlu banyak belajar. Kalau salah tegurlah Ahmad, dan kalau betul, Ahmad doakan semoga kita semua terus mendapat hidayah.

Wassalam.